
Lucasfilm telah melancarkan trailer Star Wars: The Bad Batch, siri animasi asli yang akan dilancarkan secara eksklusif di Disney+. Rancangan terbaru ini akan membuat debut pada Selasa, 4 Mei (waktu US) dengan tayangan perdana istimewa berdurasi 70 minit, diikuti siarannya setiap Jumaat bermula 7 Mei.
Anda boleh tonton trailer Star Wars: The Bad Batch dipemain video dibawa berserta poster terbaru.
Star Wars: The Bad Batch mengikuti klon elit dan eksperimental Bad Batch (pertama kali diperkenalkan dalam The Clone Wars) ketika mereka memulakan perjalanan di galaksi yang berubah dengan cepat selepas ‘Clone War’. Anggota Bad Batch – skuad klon unik yang berbeza secara genetik dari saudara mereka dalam Tentera Clone – masing-masing memiliki kemahiran luar biasa yang menjadikan mereka tentera yang sangat berkesan dan kru yang hebat.
Siri animasi ini diterbitkan oleh Dave Filoni (The Mandalorian, Star Wars: The Clone Wars), Athena Portillo (Star Wars: The Clone Wars, Star Wars Rebel), Brad Rau (Star Wars Rebeles, Star Wars Resistance) dan Jennifer Corbett (Star Wars Resistance, NCIS). Brad Rau turut menjadi pengarah penyelia dengan Jennifer Corbett sebagai ketua penulis.