Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Terbaru Skyscraper Paparkan Aksi Mendebarkan Dari Dwayne Johnson


Filem terbaru Skyscraper bakal menemui penonton tidak lama lagi. Bagi merancakkan kehangatan filem terbaru Dwayne Johnson itu, Universal Pictures telah melancarkan trailer ketiga filem berkenaan. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Filem aksi terbaru ini menyaksikan Dwayne Johnson kembali berkerjsama dengan pengarah filem Central Intelligence, Rawson Marshall Thurber. Selain Johnson, turut membintangi filem Skyscraper adalah Chin Han, Neve Campbell dan Pablo Schreiber.

Johnson membawakan watak Will Ford, bekas anggota penyelamat tebusan FBI dan juga bekas veteran tentera. Beliau kini menjadi pemeriksa keselamatan untuk bangunan pencakar langit. Semasa menjalankan tugas memeriksa bangunan tertinggi di China, satu kejadian kebakaran telah berlaku dan Ford telah dituduh penyebab kejadian tersebut. Bagi membersihkan namanya, Ford mula menjejaki individu yang bertanggungjawab dan dalam masa yang sama cuba menyelamatkan keluarganya yang terperangkap dalam bangunan yang sedang terbakar itu.

Skyscraper akan mula ditayangkan dipawagam pada 13 Julai 2018


Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee