Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Trailer Terbaru “Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings” Papar Kejutan, Tunjuk Kehadiran “Abomination”

Trailer terbaru Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings papar kejutan apabila menunjukkan kehadiran Abomination dari filem The Incredible Hulk. Filem terbaru Marvel Cinematic Universe ini akan tiba di pawagam 13 September ini. 

Anda boleh tonton Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings dibawah. 

Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings dibintangi pelakon Simu Liu sebagai watak utama Shang-Chi, Tony Leung sebagai ‘the real’ Mandarin dan Awkwafina (watak masih lagi tidak diketahui). Michelle Yeoh dan petinju profesional, Florian Munteanu dilaporkan menyertai barisan pelakon.

Destin Daniel Cretton bertindak selaku pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh Dave Callaham. Filem ketiga Fasa 4 MCU ini menceritakan tentang Shang-Chi yang akan menentang organisasi penganas dikenali sebagai Ten Rings. 

Shang-Chi, juga dikenal sebagai The Master of Kung Fu, pertama kali diperkenalkan di halaman Special Marvel Edition # 15 pada tahun 1973 setelah mereka gagal memperoleh hak untuk siri TV Kung Fu yang terkenal ketika itu, yang dibintangi oleh David Carradine. Sebagai pakar pertempuran, Shang-Chi akhirnya memperoleh kemampuan untuk membuat sejumlah replika dirinya.

Setelah Special Marvel Edition mengubah namanya menjadi The Hands of Shang-Chi: Master of Kung Fu, watak itu terus muncul dalam terbitan Marvel Team-Up dan Marvel Two-in-One. Dia juga pernah menjadi anggota The Avengers and Heroes for Hire, yang terakhir bersama rakan-rakan tuan kung fu, Daughter of the Dragon.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment