Official Trailer

Trailer Terbaru Rocketman Telah Dilancarkan

Views

Studio Paramount Pictures telah melancarkan trailer terbaru filem biopik Elton John berjudul Rocketman, yang menyaksikan Taron Egerton membawakan watak sebagai penyanyi legenda itu.

Rocketman diarahkan oleh Dexter Fletcher manakala skrip ditulis oleh Lee Hall. Syarikat produksi Marv Film bertindak selaku penerbit bersama-sama Elton John menerusi syarikatnya Rocket Pictures.

Pelakon filem Kingsman: Secret Service, Taron Egerton akan melakonkan watak Elton John. Beliau turut dibantu Jamie Bell, Richard Madden dan Bryce Dallas Howard.

Filem ini mengisahkan tentang perjalanan karier Elton John yang bermula di Royal Academy of Music sehinggalah dia berjaya memberi pengaruh musiknya kepada peminat-peminat seluruh dunia.

Rocketman akan ditayangkan di Malaysia pada 11 Julai 2019, tarikh tayangan antarabangsa ada 31 May 2019.

BACA:  Teaser Terbaru My Hero Academia THE MOVIE Heroes: Rising Didedahkan Kepada Umum

Tinggalkan Balasan

shares