Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Terbaru Ralph Breaks the Internet Telah Dilancarkan

Studio Walt Disney Pictures melancarkan trailer terbaru filem sekuel Wreck-It Ralph 2: Ralph Breaks The Internet. Anda boleh tontonnya di pemain video dibawah.

Dalam sekuel kali ini, Ralph (disuarakan oleh John C. Reilly) telah meninggalkan dunia arked dan mengembara ke dunia internet. Turut menyertainya adalah Vanellope von Schweetz (disuarakan oleh Sarah Silverman). Kedua-duanya mengembara ke dunia internet dengan tujuan untuk mencari alat ganti permainan arked Vanellope, Sugar Rush dilaman sesawang. Ralph dan Vanellope bakal menempuhi dunia baru dan bertemu dengan karakter dunia Internet termasuklah bertemu Yess (disuarakan oleh Taraji P. Henson), yang merupakan pengusaha laman web dan algoritma yang cukup bergaya.

Wreck-It Ralph 2: Ralph Breaks The Internet juga bakal menampilkan puteri-puteri Disney dan disuarakan oleh pelakon-pelakon asal seperti Auli‘i Cravalho (Moana), Kristen Bell (Anna dalam animasi Frozen), Kelly Macdonald (Merida dalam animasi Brave), Mandy Moore (Rapunzel dalam animasi Tangled), Anika Noni Rose (Tiana dalam animasi The Princess and the Frog), Irene Bedard (Pocahontas), Linda Larkin (Jasmine dalam animasi Aladdin), Paige O’Hara (Belle dalam animasi Beauty and the Beast) dan Jodi Benson (Ariel dalam animasi The Little Mermaid).

Filem animasi ini akan menemui penonton pada 21 November 2018

Related posts

Teaser Terbaru “Joseon Exorcist” Papar Konflik Yang Begitu Tegang

Zulaikha

Navillera: Song Kang Makes A Perfect Transformation Into A Ballerino With Big Dreams

Zulaikha

Donnie Yen Kembali Beraksi Dalam Filem “Raging Fire”

MyK

Siri Anime Netflix “The Way of the Househusband” Akan Disiarkan April Ini

Kakimuvee

Melissa McCarthy & Octavia Spencer Beraksi Dan Berkomedi Dalam Trailer “Thunder Force”

Kakimuvee

Tonton Trailer Rasmi “Projek: Anchor SPM”

Kakimuvee