Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Trailer Terbaru New Mutants Mungkin Akan Dilancarkan Januari Ini

Pengarah The New Mutants, Josh Boone mendedahkan bahawa trailer terbaru filem arahanya itu mungkin akan dilancarkan Januari ini. Dia mendedahkan pekara berkenaan selepas membalas komen salah seorang peminatnya semasa kongsikan novel Stephen King, Revival dilaman Instagram miliknya.

Pendedahan tersebut menyaksikan filem The New Mutants masih lagi kekal dengan perancangannya untuk tayangan April akan datang.

Terdahulu, filem The New Mutants telah mengalami beberapa masalah sehingga memaksa ia tertangguh beberapa kali. Filem tersebut sepatutnya ditayangkan pada 23 April 2018, namun disebabkan beberapa masalah, The New Mutants telah ditukar ke tarikh 22 Februari dan seterusnya pada 2 Ogos tahun ini. Selepas Disney berjaya membeli Fox, pihak studio sekali lagi menangguhkan tayangan ke tarikh baru iaitu pada 3 April 2020.

Penerbit Simon Kinberg pernah mendedahkan punca kelewatan The New Mutants disebabkan mereka menghadapi masalah untuk mengumpul para pelakon bagi membuat rakaman semula.

The New Mutants diarahkan oleh Josh Boone dan skrip ditulis oleh Boone sendiri Knate Lee. Filem ini dibintangi Anya Taylor-Joy, Maisie Williams, Charlie Heaton, Henry Zaga, Blu Hunt, dan Alice Braga

Related posts

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee