Official Trailer

Trailer Terbaru "Justice League" Zack Snyder Untuk HBO Max!

Views

HBO Max telah mendedahkan trailer terbaru filem Justice League Zack Snyder, memaparkan rakaman terbaru dari versi asal filem. Selain itu, gambar terbaru Steppenwolf telah dipertontonkan kepada umum, memaparkan rekabentuk yang berbeza dari versi Joss Snyder. Anda boleh saksikan trailer hitam-putih Justice League dan gambar terbaru dibawah. 

Selepas gagal dipentas box office, Justice League akan dihidupkan semula oleh Zack Snyder dengan suntingan baru seperti yang dimahukan peminat. Dengan kos sekitar $70 juta dolar untuk menyiapkan suntingan dan visual mengikut visi asal pengarah, peminat dijangka akan merasa puas dengan versi terbaru Justice League.

Akan ditayangkan di HBO Max tahun hadapan, Justice League akan dipecahkan kepada 4 bahagian, yang mana setiap bahagian akan berdurasi 1 jam, serta akan dilancarkan dalam versi penuh, iaitu filem yang berdurasi 4 jam.

Didorong untuk memulihkan sifat kemanusia dan diinspirasikan dari tindakan Superman yang tidak mementingkan diri sendiri, Justice League menyaksikan Bruce Wayne meminta bantuan dari sekutunya nya baru, Diana Prince, untuk menghadapi musuh yang lebih hebat.

Bersama-sama, Batman dan Wonder Woman berkerja keras untuk mencari dan merekrut pasukan 'metahuman' dalam usaha menentang ancaman baru. Meskipun terbentuknya pasukan hebat yang terdiri daripada Batman,Wonder Woman, Cyberog, Aquaman dan The Flash, usaha mungkin sudah terlambat yang menyelamatkan planet Bumi dari serangan yang menakutkan.

Justice League, yang menampilkan lakon layar dari Chris Terrio dari cerita oleh Snyder dan Terrio, dibintangi oleh Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill sebagai Superman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, Ezra Miller sebagai The Flash, Ray Fisher sebagai Cyborg, Willem Dafoe sebagai Nuidis Vulko , Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth, Diane Lane sebagai Martha Kent, Connie Nielsen sebagai Ratu Hippolyta, dengan JK Simmons sebagai Pesuruhjaya Gordon, dan Amy Adams sebagai Lois Lane.

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares