Official Trailer

Trailer Terbaru Jumanji: The Next Level Telah Dilancarkan!

Views

Sony Pictures telah melancarkan trailer terakhir filem Jumanji: The Next Level berserta poster terbaru. Anda boleh saksikannya dibawah.

Tanpa pengentahuan rakan-rakannya, Spencer telah menyimpan serpihan permainan video Jumanji. Satu hari, rakan-rakan Spencer pergi ke rumah datuknya, dimana Spencer berada disana – dan mendapati Spencer telah hilang dan permainan Jumanji sedang berjalan. Mereka kemudian membuat keputusan untuk kembali dalam permainan tersebut.

Datuk Spencer, Eddie dan rakannya, Milo Walker mendengar perbualan remaja tersebut, dan mereka juga turut disedut masuk kedalam permainan Jumanji. Kumpulan remaja tersebut perlu menyelamat Eddie dan Milo mempelajari ‘avatar’ mereka dan dalam masa yang sama perlu mencari Spencer serta keluar dari Jumanji.

Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black, Karen Gillan, Nick Jonas, Ser’Darius Blain, Madison Iseman, Morgan Turner, dan Alex Wolff kembali sekuel kali ini, bersama-sama pendatang baru, Awkwafina, Danny Glover, dan Danny DeVito.

Jake Kasdan kembali mengarah filem ini manakala skrip ditulis oleh Scott Rosenberg dan Jeff Pinkner.

Jumanji: The Next Level akan menemui penonton pada 5 Disember 2019

POSTER TERBARU

shares
Enable Notifications    Ok No thanks