Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Trailer Terbaru “Godzilla Vs. Kong” Dedahkan Kedatangan… [SPOILER]

Warner Bros. dan Legendary telah mendedahkan beberapa video klip “Godzilla vs. Kong“, memaparkan beberapa rakaman terbaru yang penonton boleh jangkakan dalam filem akan datang. 

Namun, ada sesuatu yang lebih menarik telah dipaparkan dalam teaser yang baru dilancarkan pada hari ini (via IGN), kehadiran Titan robot yang akan menganggu pertarungan Kong dan Godzilla; iaitu Mechagodzilla. 

Sebelum ini, patung permainan Funko POPs telah memberi ‘hint’ mengenai penglibatan robot Titan itu, tetapi ini adalah pertama kali penonton dapat melihatnya dalam mana-mana bahan promosi rasmi “Godzilla vs. Kong”.

Dalam teaser yang anda boleh tonton dibawah, kita akan melihat bayangan Mechagodzilla di mata Godzilla. Walaupun sekali imbas, kilauan logam dan mata bercahaya akan meninggalkan sedikit keraguan kepada penonton mengenai identiti makhluk yang menghampiri Godzilla. 

Kehadiran makhluk misteri itu akan terjawab pada 25 Mac ini apabila “Godzilla vs. Kong” memulakan tayangannya di Malaysia. Sementara itu, anda boleh tonton klip-klip video “Godzilla vs. Kong” dibawah.

“Godzilla vs. Kong” merupakan filem keempat dalam francais MonsterVerse selepas Godzilla (2014), Kong; Skull Island dan Gozilla: King of the MonstersAdam Wingard (Death Note) mengarahkan filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis Eric Pearson (Thor: Ragnarok) dan Max Borenstein (The Terror)

Barisan pelakon terdiri daripada Alexander Skarsgård, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, Shun Oguri, Eiza González, Jessica Henwick, Julian Dennison, Kyle Chandler, Demián Bichir, Zhang Ziyi, Van Marten dan Lance Reddick.

if( aicp_can_see_ads() ) {
/* */ /div> }

Related posts

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee