Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Terbaru Frozen 2 Telah Dilancarkan!

Walt Disney Pictures telah melancarkan trailer terbaru Frozen 2 yang memaparkan beberapa rakaman baru. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Frozen 2 dibintangi pelakon suara seperti Idina Menzel, Kristen Bell, Jonathan Groff, Josh Gad, dan Santino Fontana yang meneruskan watak masing-masing. Mereka turut disertai dua pelakon baru filem ini iaitu Evan Rachel Wood sebagai sebagai Queen Iduna, ibu kepada Anna dan Elsa serta Sterling K. Brown sebagai Lieutenant Mattias, ketua kepada sekumpulan askar Arendelle yang telah terperangkap dalam hutan misteri selama 30 tahun.

Kenapa Elsa dilahirkan dengan kekuatan ajaib? Jawapannya telah memanggil dan mengancam kerajaannya. Bersama-sama dengan Anna, Kristoff, Olaf dan Sven, dia akan meneruskan perjalanan yang berbahaya tetapi luar biasa. Dalam filem pertama, Elsa takut kekuasaannya terlalu berat, manakala dalam filem kali ini ,dia mesti berharap ianya cukup.

Pasukan kreatif Frozen 2 terdiri daripada Jennifer Lee dan Chris Buck yang bertindak selaku pengarah manakala Peter Del Vecho selaku penerbit. Ia turut disertai penulis lagu Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez. Pelakon suara  Kristen Bell, Idina Menzel, dan Josh Gad kembali meneruskan watak masing-masing.

Filem animasi ini akan menemui penonton tempatan pada 21 November 2019.

Related posts

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

Kakimuvee

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Leave a Comment