Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Terbaru Filem Dunkirk Pamerkan Babak Dramatik Dan Mendebarkan

Warner Bros. telah melancarkan Official Trailer filem terbaru yang diarahkan oleh pengarah berbakat dan terkenal, Christopher Nolan iaitu Dunkirk. Filem berkenaan yang diinspirasikan dari sejarah sebenar semasa Perang Dunia ke-dua bakal menampilkan aksi dramatik dan mendebarkan kepada penonton yang meminati filem-filem perang dan gaya pengarahan beliau.

Dalam trailer tersebut, ia telah menunjukan liku-liku yang terpaksa dihadapi oleh saki baki tentera berikat yang terperangkap di pesisir pantai selepas teruk dihentam oleh tentera Nazi semasa di awal Perang Dunia ke-2.

Berlatarbelakangkan dizaman awal 1940an, iaitu selepas event Battle of Dunkirk, tentera berikat (Allied Force) telah membuat benteng pertahanan mereka yang terakhir yang terletak disekitar pesisir pantai Perancis. Pemerintah tentera British mendapati mereka berada dikawasan yang agak sukar untuk berundur – jadi mereka terpaksa mencari jalan untuk menyelamatkan ratusan ribu tentera Berikat dari ditawan atau dihapuskan oleh tentera Nazi. Hasilnya, mereka telah merancang dan menyempurnakan misi pengunduran strategik tentera paling sukses dalam sejarah peperangan didunia.

Salah satu babak dalam Trailer filem Dunkirk

Filem ini dibintangi beberapa muka lama dan baru dalam dunia lakonan antaranya pelakon kegemaran Nolan, Tom Hardy dan Cillian Muphy disamping nama-nama seperti Mark Rylance, Kenneth Branagh, James D’ Arcy, Fionn Whitehead dan penyanyi pop terkenal, Harry Styles.

Walaupun Nolan terkenal dengan filem-filem yang complicated seperti Interstellar,  Inception, The Prestige, Dark Knight dan The Batman Begins, kehebatannya sebagai pengarah akan dinilai dalam filem terbarunya ini kerana beliau tidak pernah mengarahkan sebuah filem epik sejarah dan berdasarkan dari kisah atau event sebenar.

Dunkirk akan mula ditayangkan pada 21 Julai nanti dipawagam US, manakala tayangan di Malaysia akan diberitahu kelak.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Saksikan Trailer ‘Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves’ & Poster Karakter Terbaru

Kakimuvee

Netflix Keluarkan Video Klip dan Poster Pertama ‘Murder Mystery 2’

Kakimuvee

Apple TV+ Lancar Trailer Filem Lakonan Ana de Armas & Chris Evans “Ghosted”

Kakimuvee

[TRAILER] Keira Knightley Bintangi Filem Jenayah Disney+ Hotstar “Boston Strangler”

Kakimuvee

[TRAILER] The Flash: Barry Allen Terperangkap Dalam Realiti Alternatif Tanpa Metahuman.

Kakimuvee

Leave a Comment