Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Terbaru Filem Disney+ Lady and the Tramp Telah Dilancarkan

Walt Disney Pictures telah melancarkan trailer terbaru filem live-action Lady and the Tramp yang menampilkan pelakon suara seperti Tessa Thompson dan Justin Theroux. Ada boleh saksikan trailer tersebut dibawah.

Filem ini mengisahkan tentang anjing baka American Cocker Spaniel, Lady yang tinggal bersama keluarga golongan atasan. Lady bagaimanapun dibuang selepas keluarga tersebut melahirkan seorang bayi dan bertemu dengan seekor anjing bernama Tramp yang tinggal dijalanan. Mereka berdua kemudiannya memulakan penggembaraan yang cukup romantik dan akhir jatuh cinta antara satu sama lain.

Tessa Thompson akan memainkan peranan sebagai Lady, manakala Justin Theroux sebagai Tramp. Mereka turut disertai Thomas Mann yang memainkan peranan Jim Dear, Kiersey Clemons sebagai Darling, isteri Jim, Ashley Jense sebagai Jackie, Benedic Wong sebagai Bull, Sam Elliot sebagai Trusty, Janelle Monae sebagai peg the Pekingese, Yvette Nicole Brown sebagai Aunt Sara, Andrian Martinez sebagai Elliot dan Arturo Castro sebagai Marco.

Charlie Bean akan mengarahkan filem live action / CG hybrid ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Andrew Bujalski.

Lady and the Tramp akan ditayangkan di plaform penstriman Disney+ mulai 12 November ini.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Ji Jin Hee Mencari Kebenaran di Sebalik Penculikan Anak Lelakinya Dalam Teaser “The Tragedy Of One”

Kakimuvee

Segalanya Akan Terjawab Dalam FEAR STREET PART 3: 1666

Kakimuvee

[TRAILER] Zombi Jadi Taruhan “Mat Bond Malaya” Arahan Nabil Ahmad

Kakimuvee

Leave a Comment