Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Terbaru Bad Boys For Life Perkenalkan Pasukan Terbaru Mike Lowrey

Sony Pictures telah melancarkan trailer terbaru filem aksi komedi, Bad Boys for Life yang memaparkan rakaman yang sarat dengan aksi. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video di bawah.

Bad Boys for Life menyaksikan Will Smith dan Martin Lawrence kembali ke layar perak sebagai Detective Mike Lowrey dan Marcus Burnett. Filem kali ini mengisahkan tentang Jabatan Polis Miami dan pasukan elit AMMO yang bekerjasama untuk menumpaskan Armando Armas, ketua kartel dadah.

Turut kembali dalam filem ini adalah Joe Pantoliano yang memainkan peranan sebagai Captain Howard, Theresa Randle sebagai Theresa, isteri Marcus. Manakala pelakon-pelakon baru terdiri daripada Vanessa Hudgens, Alexander Ludwig, Charles Melton, Jacob Scipio dan DJ Khaled.

Adil El Arbi dan Bilall Fallah mengarahkan filem ketiga Bad Boys berdasarkan skrip yang ditulis oleh Peter Craig, Joe Carnahan dan Chris Bremmer. Jerry Bruckheimer kembali sebagai penerbit bersama-sama Doug Belgrad, Will Smith, Barry Waldman, Mike Stenson, Chad Oman dan James Lassiter.

Bad Boys for Life akan ditayangkan pada 17 Januari 2020

Related posts

Trailer Money Heist Musim Ke-5 Bab. 1: Menyerah Diri Bukanlah Pilihan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

Rosa Salazar Mahu Membalas Dendam Dalam Trailer “Brand New Cherry Flavor”

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

Kakimuvee

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Leave a Comment