Official Trailer

Trailer Terbaru 6 Underground Sarat Dengan Adegan Aksi

Views

Tinggal sebulan sahaja lagi, Netflix telah melancarkan trailer terbaru filem aksi arahan Michael Bay berjudul 6 Underground yang sarat dengan adegan-adegan aksi. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

6 Underground dibintangi pelakon seperti Ryan Reynolds, Dave Franco, Manuel Gracia-Rulfo, Adria Arjona, Corey Hawkins, Ben Hardy, Lior Raz, Mélanie Laurent dan Payman Maadi.

Plot filem berkisarkan tentang 6 jutawan yang memalsukan kematian mereka dan menubuh pasukan elit untuk menumpaskan orang jahat.

Filem ini diterbitkan Netflix bersama Skydance Media dengan kerjasama Bay Films. Ia berdasarkan idea asal dari penulis dan penerbit eksekutif Rhett Reese dan Paul Wernick. Selain itu, ia merupakan kerjasama pertama diantara Netflix dan Skydance Media dalam penerbitan filem.

Kedua-dua syarikat sebelum ini bekerjasama dalam rancangan televisyen seperti Grace And Frankie dan Altered Carbon. 

Netflix telah menetapkan tarikh siaran 6 Underground pada 13 Disember 2019.

BACA:  The Witcher Tidak Akan Diadaptasikan Dari Pemainan Video

Tinggalkan Balasan

shares