Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Trailer Terakhir The King’s Man Memperkenalkan Musuh Pertama Organisasi


20th Century Studios telah mengeluarkan treler terakhir untuk prekuel aksi arahan Matthew Vaughn yang telah lama tertangguh, The King’s Man, yang kini dijangka tiba di pawagam pada 30 Disember ini.

Treler The King’s Man, yang anda boleh lihat di bawah, memberikan sorotan kepada musuh pertama organisasi, yang digambarkan sebagai legenda paling jahat dalam sejarah. Ia juga memaparkan rakaman baharu beberapa urutan aksi filem itu.

The King’s Man akan berlatarbelakangkan awal 1900an dan mengisahkan tentang usaha seorang individu dalam menghentikan sebuah organisasi jenayah terancang yang mahu mewujudkan peperangan. Filem prekuel ini juga akan menceritakan bagaimana agensi perisikan Kingsman diwujudkan.

Ralph Fiennes akan memainkan watak utama dalam prekuel akan datang disamping barisan pelakon yang terdiri daripada Gemma Arterton, Rhys Ifans, Matthew Goode, Tom Hollander, Harris Dickinson, Daniel Brühl, serta Djimon Hounsou, dan Charles Dance.


Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee