Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Terakhir The King Dilancarkan, Memaparkan Pertembungan Diantara Robert Pattinson vs. Timothée Chalamet

Netflix telah melancarkan trailer terakhir filem The King yang memaparkan karakter lakonan Timothée Chalamet dan Robert Pattinson bersedia untuk bertempur dalam Battle of Agincourt. Anda boleh saksikan trailer tersebut dibawah.

Berdasarkan sastera “Henriad” William Shakespeare, The King mengisahkan tentang Hal, seorang putera yang menaiki takhta kerajaan Inggeris selepas kematian bapanya dan mewarisi perang dan kekacauan yang ditinggalkan ayahnya.

The King menampilkan beberapa pelakon hebat seperti Timothée Chalamet sebagai King Henry V, Edgerton sebagai Falstaff, Robert Pattinson sebagai The Dauphin, Ben Mendelsohn sebagai King Henry IV, Sean Harris sebagai Michael Williams, Lily-Rose Depp sebagai Catherine, Tom Glynn-Carney sebagai Henry Percy, Thomasin McKenzie sebagai Phillippa, dan Dean-Charles Chapman sebagai Thomas.

Filem ini diarahkan oleh David Michod dan ditulis oleh Michod sendiri bersama-sama pelakon Joel Edgerton. The King akan ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman video Netflix pada 1 November ini.

POSTER

Related posts

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

Kakimuvee

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee