Paramount Pictures telah melancarkan trailer terakhir filem terbaru mereka yang akan datang Snake Eyes: G.I. Joe Origins, memaparkan lebih banyak aksi dan rakaman terbaru. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.
Snake Eyes adalah komando ninja yang terkenal dengan kemampuan menggunakan pedang dan pisau. Namun, dia juga seorang ahli seni bela diri yang sangat mahir yang boleh menjadi berbahaya walaupun tanpa senjata. Dalam spin off G.I. Joe yang akan datang, seorang penyendiri yang gigih disambut menyertai klan Jepun kuno yang disebut Arashikage setelah menyelamatkan nyawa waris mereka.
Setibanya di Jepun, Arashikage mengajar Snake Eyes cara-cara pahlawan ninja sambil juga menyediakan sesuatu yang dia rindukan: sebuah rumah. Tetapi, apabila rahsia dari masa lalunya terbongkar, kehormatan dan kesetiaan Snake Eyes akan diuji – walaupun itu bererti kehilangan kepercayaan orang yang paling dekat dengannya.
Pelakon kelahiran Sarawak, Henry Golding memainkan peranan utama sebagai Snake Eye. Turut menyertai barisan pelakon adalah Andrew Koji sebagai Strom, aktres rancangan Money Heist, Ursula Corbero sebagai The Baroness, Iko Uwais sebagai Hard Master, guru kepada Snake Eyes, Samara Weaving sebagai Scarlett, Steven Allerick sebagai ayah kepada Snake Eye dan Takehiro Hira sebagai antagonis utama, dan Haruka Abe sebagai Akiko.
Filem ini diarahkan oleh Robert Schwentke (R.I.P.D) berdasarkan skrip yang ditulis oleh Evan Spiliotopoulos. Lorenzo di Bonaventura dan Brian Goldner berfungsi sebagai penerbit manakala Jeff Waxman, Erik Howsam, David Ellison, Dana Goldberg, dan Don Granger sebagai penerbit eksekutif.
Snake Eyes: G.I. Joe akan ditayangkan di pasaran antarabangsa pada 23 Julai ini.