Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Terakhir ’47 Meters Down: Uncaged’ Membawa Anda Merasai Ketakutkan Diserang Jerung


Kurang dua minggu sahaja lagi filem 47 Meters Down: Uncaged akan menakutkan penonton dengan serangan jerung-jerung ganas. Bagi “penonton” untuk menyaksikan filem seram survival ini, Entertainment Studios melancarkan trailer terakhir filem 47 Meters Down: Uncaged, anda boleh tonton trailer mendebarkan itu dipemain video dibawah.

Selepas kejayaan mengejutkan filem 48 Meters Down, Entertainment Studios membuat keputusan untuk menerus kejayaan dengan menerbitkan filem kedua 47 Meters Down: Uncaged. Johannes Roberts bertindak selaku pengarah dah juga penulis skrip bersama-sama Ernest Riera.

47 Meters Down: Uncaged mengisahkan tentang sekumpulan 5 remaja yang mengembara di hutan yang indah lagi nyaman yang terletak berhampiran dengan bandar pantai Recife, Brazil.

Terpesona dengan kecantikan hutan serta airnya, mereka menemui jalan rahsia terletak dibawah air. Keinginan untuk mengembara dan melihat apa didalamnya, mereka melalui kawasan tersebut tanpa mengentahui bahaya yang bakal membuatkan mereka menyesal menyelam dibawah air buat selamanya.

Filem ini dibintangi John Corbett (“Sex in the City”), Nia Long (“Empire”), Sophie Nelisse (The Book Thief), Corinne Foxx, Sistine Stallone, Brianne Tju (“Scream” TV series), Davi Santos (Polaroid), Khylin Rhambo (“Teen Wolf”), dan Brec Bassinger.


47 Meters Down: Uncaged akan menemui penonton pada 16 Ogos ini

https://youtu.be/AvXjx8SZbv8


Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee