Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

The CW telah melancarkan trailer promosi untuk musim keenam dan terakhir Supergirl yang akan datang. Siri ini yang dihentikan sementara pada Mei yang lalu dijadualkan kembali pada hari selasa 24 Ogos. 

Dalam trailer dibawah, Girl of Steel terus berjuang dengan trauma yang datang ketika terperangkap di Phantom Zone semasa episod pertama musim terakhir. Video itu juga juga menyoroti ancaman yang akan ditangani oleh Super Friends di episod akhir termasuk kepulangan semula Nyxly (Peta Sergeant).


Supergirl dibintangi oleh Melissa Benoist sebagai Kara Danvers / Supergirl, Chyler Leigh sebagai Alex Danvers, Katie McGrath (Merlin) sebagai Lena Luthor, Jess Rath sebagai Brainiac 5, David Harewood sebagai Hank Henshaw / J’onn J’onnz, Nicole Maines sebagai Nia / Dreamer, dan Azie Tesfai sebagai Kelly / Guardian.

Musim keenam juga akan menampilkan David Ramsey, yang kembali mengulangi peranan dari siri Arrow sebagai John Diggle. Dia juga akan mengarahkan episod kedua belas bersama Chyler Leigh dan David Harewood. Musim ini turut menampilkan Eliza Helm sebagai Cat Grant sewaktu muda dan Jason Behr sebagai Kryptonian.

Related posts

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

[VIDEO] CAVE RESCUE: Misi Menyelamat Pelajar Yang Terperangkap Dalam Gua Tham Luang

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Kongsikan Trailer & Poster Terbaru Siri Star Wars “ANDOR’ Yang Akan Datang

Kakimuvee

Trailer & Poster Rasmi ABANG LONG FADIL 3 Telah Dilancarkan!

Kakimuvee

Klip Video She-Hulk: Attorney At Law Latihan Diantara Hulk & Jennifer

Kakimuvee

Leave a Comment