
Tiada cara yang lebih baik untuk menyambut tahun baharu selain daripada memulakan penstriman episod pertama The Book of Boba Fett apabila ia dilancarkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada 29 Disember.
Siri tujuh episod dari Lucasfilm ini, pengembaraan Star Wars yang mendebarkan, menyaksikan pemburu legenda Boba Fett dan askar upahan Fennec Shand meneroka dunia bawah tanah Galaxy apabila mereka kembali ke tanah tandus Tatooine untuk mempertaruhkan tuntutan mereka di wilayah yang pernah diperintah oleh Jabba the Hutt dan sindiket jenayahnya.
The Book of Boba Fett dibintangi oleh Temuera Morrison dan Ming-Na Wen. Penerbit eksekutif siri ini ialah Jon Favreau, Dave Filoni, Robert Rodriguez, Kathleen Kennedy dan Colin Wilson.
Penonton di Malaysia boleh strim The Book of Boba Fett dan semua rancangan Lucasfilm kegemaran anda dengan melanggan perkhidmatan Disney+ Hotstar di DisneyPlusHotstar.my atau melalui applikasi Disney+ Hotstar pada peranti Android dan iOS, dengan harga RM54.90 selama tiga bulan*.
Akses Disney+ Hotstar di Astro pada tawaran yang hebat. Pelanggan Astro Movies Pack (CH411 – CH416) mesti mengaktifkan melalui astro.com.my/Disney untuk segera memulakan penstriman Disney+ Hotstar.