Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Trailer “Stranger Things” Musim 4 Jld. 2 Goda Penamat Yang Dramatik

Trailer rasmi Stranger Things Musim 4 Jilid 2 telah dilancarkan Netflix dan ia menggoda pertempuran besar yang bakal berlaku di antara Eleven dan Vecna.

Siri hit Netflix ini akan kembali pada 1 Julai nanti. Anda boleh tonton trailer Stranger Things Musim 4 Jilid 2 dibawah:


Stranger Things berlatarkan tahun 1980an di sebuah pekan fiksyen Hawkins, Indiana. Apabila seorang budak muda hilang, bandar kecil itu membongkar misteri yang melibatkan eksperimen rahsia, kuasa supernatural yang menakutkan dan seorang kanak-kanak perempuan yang pelik

Siri ini dibarisi pelakon seperti Winona Ryder, David Harbour, Millie Bobby Brown, Finn Wolfhard, Noah Schnapp, Gaten Matarazzo, Caleb McLaughlin, Natalia Dyer, Joe Keery, Charlie Heaton, Sadie Sink, Maya Hawke, Priah Ferguson, Cara Buono, dan Brett Gelman.

Musim 4 akan memperkenalkan beberapa karakter baru termasuklah dari bintang Nightmare on Elm Street, Robert Englund sebagai Victor Creel, Jamie Campbell Bower sebagai Peter Ballard, Eduardo Franco sebagai Argyle, Joseph Quinn sebagai Eddie Munson, Sherman Augustus sebagai Lt. Kolonel Sullivan, Mason Dye sebagai Jason Carver, Nikola Djuricko sebagai Yuri, Tom Wlaschiha sebagai Dmitri, Myles Truitt sebagai Patrick, Regina Ting Chen sebagai Cik Kelly, dan Grace Van Dien sebagai Chrissy.

Stranger Things dicipta dan diterbitkan oleh Matt dan Ross Duffer, yang turut berkhidmat sebagai showrunners. Penerbit eksekutif adalah Shawn Levy, Dan Cohen dan Lain Patterson.

Anda boleh strim kesemua musim Stranger Things di Netflix.

Related posts

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

Filem Bertema Keagamaan “Cinta Subuh” Akan Menemui Penonton Seminggu Sebelum Hari Raya Aidildha

Kakimuvee

HBO Dedah Poster Rasmi “House of the Dragon”

Kakimuvee

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Leave a Comment