Official Trailer

Trailer Star Trek Discovery Telah Dilancarkan

Views

Siri TV terbaru akan datang Star Trek Discovery telah pun melancarkan trailer pertama mereka semalam. Trailer terbaru ini telah memaparkan beberapa krew Star Trek Discovery, uniform terbaru dan juga karakter Klingon yang telah diolah sepenuhnya/

Apa yang menarik siri tv terbaru ini, pelakon kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh turut sama berlakon dengan memegang watak utama sebagai Captain Philippa GeorgiouBeliau akan turut disertai beberapa pelakon seperti Sonequa Martin-Green yang membawakan watak Pegawai Pertama Michael Burnham,  Jason Isaacs sebagai Captain Lorca, Doug Jones sebagai science officer Saru, Anthony Rapp sebagai science officer Stamets dan ramai lagi.

Star Trek Discovery akan berlatarbelakang 10 tahun sebelum era kapal angkasa paling terkenal dalam siri Star Trek, USS Enterprise

Star Trek merupakan siri tv paling ikonik dan berpengaruh didunia dan kembali lagi dengan menampilkan kapal angkasa yang lebih baru, karakter baru dan misi yang tidak sama dengan siri Star Trek sebelum ini.

Siri Star Trek ini akan ditayangkan di saluran CBS Television Network tidak lama lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=f8mesUEFjas

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks