Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Trailer “Spider-Man: No Way Home” Tersebar, Satu Gambar [Yang Juga Dibocorkan] Papar Dua Pelakon Yang Dikenali Ramai


Tidak dipastikan sama ada ini adalah salah satu strategi pemasaran Sony Pictures / Marvel atau ada orang yang begitu marah sehingga membocor dua pekara penting dari filem Spider-Man: No Way Home. 

Sejak pagi tadi, sebuah trailer yang dipercayai trailer filem ketiga Spider-Man MCU telah mula tersebar di media-media sosial dan juga laman hiburan antarabangsa. Malah, bukan itu sahaja, sekeping gambar dari set penggambaran turut didedahkan oleh seseorang, yang memaparkan dua pelakon yang sangat dikenali para peminat Spider-Man.

Kedua-dua bahan tersebut dipercayai dari filem terbaru Spider-Man yang akan datang, dan ia secara tidak langsung menjawab beberapa spekulasi dikalangan peminat, terutamanya barisan pelakon dikhabarkan akan menyertai filem akan datang. Sebagai tindakbalas, Sony dikatakan kini sedang ‘berperang’ dengan peminat, dengan memadam semua bahan-bahan Spider-Man: No Way Home yang kini sedang tersebar di media-media sosial.

Sementara itu, bintang Spider-Man: No Way Home, Tom Holland memberi respon kepada trailer yang telah tersebar itu dengan secara ringkas berkata, “anda belum bersedia.”

Dikhabarkan, trailer yang dibocorkan itu dilaporkan masih belum siap sepenuhnya, dan tiada kesan-kesan khas dalam video tersebut. Setakat ini tidak diketahui bilakah peminat akan dapat melihat trailer rasmi, tetapi menurut ura-ura, Sony Pictures hanya akan melancarkannya pada acara CinemaCon yang akan berlangsung pada 23 hingga 26 Ogos ini. 


Apapun, kita nanti perkembangan lanjut dalam beberapa hari ini.

Spider-Man: No Way Home diarahkan oleh Jon Watts dari lakon layar yang ditulis oleh Chris McKenna dan Erik Sommers. Tom Holland kembali meneruskan peranannya sebagai Spider-Man / Peter Parker, dan dia akan disertai Benedict Cumberbatch, Zendaya, Jacob Batalon, Alfred Molina, Jamie Foxx, Marisa Tomei, J.K. Simmons, Tony Revolori, Angourie Rice, Martin Starr, Hannibal Buress, dan J.B. Smoove.

Spider-Man: No Way Home akan ditayangkan di pawagam pada 17 Disember 2021. 


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee