Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Trailer “Spider-Man: No way Home” Memberi Kejutan Kepada Peminat

Selepas bocor diatas talian semalam, Sony Pictures akhirnya melancarkan trailer rasmi filem yang dinantikan, Spider-Man: No Way Home.

Trailer tersebut menampilkan Peter Parker yang perlu berhadapan dengan gaya hidunya yang baru, dan cuba berkawan dengan Dr. Strange. Parker meminta bantuan Dr. Strange untuk membuatkan orang lain lupa bahawa dia adalah Spider-Man – yang menjadi faktor kenapa orang-orang jahat dalam filem ini mula memburunya, salah seorangnya adalah Doctor Octopus lakonan Alfred Molina. 

Anda boleh lihat trailer tersebut dibawah. 

Spider-Man: No Way Home menyaksikan kepulangan semula Tom Holland sebagai watak superhero kegemaran ramai, Spider-Man/Peter Parker. Dia turut disertai Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange. Dijangkakan, kedua-dua mereka akan bergandingan untuk menentang Electro dan Doctor Octopus, kedua-duanya dilakonkan oleh Jamie Foxx dan Alfred Molina, dan antara penjahat francais Spider-Man terdahulu yang disahkan kembali dalam filem kali ini.

Seperti WandaVision, No Way Home akan terikat dengan peristiwa Doctor Strange in the Multverse of Madness, arahan Sam Raimi. 

Entri ketiga Spider-Man MCU ini turut menampilkan kepulangan sebilangan besar pelakon dari filem sebelumnya seperti Zendaya (Euphoria, Dune) sebagai MJ, Jacob Batalon (50 State of Fright) sebagai Ned, Marisa Tomei (The King of Staten Island) sebagai Aunt May, Tony Revolori (The French Dispatch) sebagai Flash dan Hannibal Buress (Tag) sebagai Coach Wilson.

Susulan penyertaan Jamie Foox, beberapa spekulasi mengenai Spider-Man: No Way Home mula diperkatakan peminat, antaranya penglibatan dua bintang Spider-Man iaitu Tobey Maguire dan Andrew Garfield. Antara yang terbaru adalah Charlie Cox, yang dikatakan akan meneruskan peranannya sebagai Daredevil serta Willem Dafoe sebagai Green Goblin.

Spider-Man: No Way Home dijadualkan tayangan pada 17 Disember 2021.

Related posts

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Ketiga The Witcher

Kakimuvee

Teaser Baru Jirisan Papar Gandingan Hebat Gianna Jun & Ju Ji-hoon

Zulaikha

My Hero Academia Musim Ke-6 Telah Diumumkan, Saksikan Teaser Trailer Disini

Kakimuvee

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Leave a Comment