Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Trailer “Spider-Man: No Way Home” Ditonton Lebih 355 Juta Penonton, Atasi Rekod Yang Dicipta “Avengers: Endgame”

Trailer Spider-Man: No Way Home menjadi antara trailer yang paling dinantikan pada tahun ini, dan selepas ia dilancarkan, jumlah penonton yang menyaksikan trailer tersebut telah mencapai jumlah yang cukup luar biasa!

Menurut laporan yang dikeluarkan Deadline, trailer Spider-Man: No Way Home telah berjaya menarik 355.5 juta penonton dalam tempoh 24 jam selepas ia dilancarkan, mengatasi rekod yang dipegang Avengers: Endgame, yang mempunyai tontonan sebanyak 289 juta penonton dalam tempoh yang sama. 

Jelas sekali Spider-Man: No Way Home akan menjadi filem yang besar, cuma yang diperlukannya selepas ini, adalah kutipan yang memberangsangkan. 

Spider-Man: No Way Home menyaksikan kepulangan semula Tom Holland sebagai watak superhero kegemaran ramai, Spider-Man/Peter Parker. Dia turut disertai Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange. Dijangkakan, kedua-dua mereka akan bergandingan untuk menentang Electro dan Doctor Octopus, kedua-duanya dilakonkan oleh Jamie Foxx dan Alfred Molina, dan antara penjahat francais Spider-Man terdahulu yang disahkan kembali dalam filem kali ini.

Seperti WandaVision, No Way Home akan terikat dengan peristiwa Doctor Strange in the Multverse of Madness, arahan Sam Raimi. 

Entri ketiga Spider-Man MCU ini turut menampilkan kepulangan sebilangan besar pelakon dari filem sebelumnya seperti Zendaya (Euphoria, Dune) sebagai MJ, Jacob Batalon (50 State of Fright) sebagai Ned, Marisa Tomei (The King of Staten Island) sebagai Aunt May, Tony Revolori (The French Dispatch) sebagai Flash dan Hannibal Buress (Tag) sebagai Coach Wilson.

Susulan penyertaan Jamie Foox, beberapa spekulasi mengenai Spider-Man: No Way Home mula diperkatakan peminat, antaranya penglibatan dua bintang Spider-Man iaitu Tobey Maguire dan Andrew Garfield. Antara yang terbaru adalah Charlie Cox, yang dikatakan akan meneruskan peranannya sebagai Daredevil serta Willem Dafoe sebagai Green Goblin.

Spider-Man: No Way Home dijadualkan tayangan pada 17 Disember 2021.

Related posts

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady

Kakimuvee

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

Leave a Comment