
Semasa acara The Game Awards, trailer pertama Sonic the Hedgehog 2 telah dipertontonkan kepada hadirin. Dua bintang utama filem aksi-langsung itu, Jim Carrey dan Ben Schwartz, telah hadir ke acara tersebut. Sonic the Hedgehog 2 akan menemui penonton pada 8 April 2022.
Anda boleh tonton trailer di pemain video dibawah:
Today’s forecast calls for a 100% chance of adventure. Check out the new trailer for #SonicMovie2 and see it only in theatres April 8, 2022. pic.twitter.com/1DlfvwHdsF
— Sonic the Hedgehog (@SonicMovie) December 10, 2021
Sonic the Hedgehog 2 akan menyaksikan kepulangan sebilangan besar pelakon utama filem asal termasuklah Ben Schwartz (Parks and Recreation) sebagai suara Sonic, James Marsden (Westworld) sebagai Tom Wachowski, Tika Sumpter (Ride Along) sebagai Maddie Wachowski dan Jim Carrey (Kidding) sebagai saingan Sonic, Doctor Robotnik/Eggman bersama Adam Pally (The Mindy Project) dan Natasha Rothwell (Wonder Woman 1984).
Turut disahkan menyertai barisan pelakon filem akan datang adalah watak kegemaran peminat permainan video, Miles “Tails” Prower dan Knuckles the Echidna (disuarakan oleh Idris Elba).
Penulis Pat Casey dan Josh Miller, dengan Neal H. Mortiz, Toby Ascher, dan Toru Nakahara semuanya kembali sebagai penerbit manakala Hajime Satomi, Haruki Satomi, dan Tim Miller kembali sebagai penerbit eksekutif. Sekuel ini akan tiba di pawagam pada 8 April 2022.
Strim Sonic the Hedgehog (2020)