Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Siri TV

[TRAILER] Siri Terbaru Netflix “Shadow and Bone” Akan Ditayangkan April Ini.

SHADOW AND BONE (L to R) BEN BARNES as THE DARKLING / GENERAL KIRIGAN and JESSIE MEI LI as ALINA STARKOV in SHADOW AND BONE Cr. COURTESY OF NETFLIX © 2021

Netflix telah melancarkan trailer “Shadow and Bone“, siri fantasi terbaru yang akan ditayangkan pada di Netflix mulai 23 April 2021. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah. 

Berdasarkan siri novel terlaris di dunia Grishaverse karya Leigh Bardugo, “Shadow and Bone” membawa kita ke dunia yang dilanda perang di mana seorang askar yang juga anak yatim, Alina Starkov baru saja melepaskan kekuatan luar biasa yang dapat menjadi kunci untuk membebaskan negaranya.

Dengan meningkatnya ancaman mengerikan dari Shadow Fold, Alina terpisah dari semua yang dia tahu untuk dilatih menjadi sebahagian daripada anggota tentera magikal elit yang dikenali sebagai Grisha.

Tetapi ketika dia bergelut untuk mengasah kekuatannya, dia mendapati sekutu dan musuh dapat disatukan dan apa yang dilihat di dunia ini tidak seperti yang disangka. Terdapat kekuatan berbahaya di sebaliknya, termasuklah kru penjenayah , dan memerlukan lebih dari magik untuk terus bertahan.

“Shadow and Bone” dibintangi Jessie Mei Li sebagai Alina Starkov, Archie Renaux sebagai Malyen Oretsev, Freddy Carter sebagai Kaz Brekker, Amita Suman Sebagai Inej, Kit Young sebagai Jesper Fahey, Ben Barnes sebagai General Kirigan, dan banyak lagi. 

Lee Toland Krieger mengarahkan siri ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis Eric Heisserer, yang turut bertindak sebagai ‘showrunner’. Heisserer dan Kriger turut menjadi penerbit eksekutif bersama penulis novel asal, Leigh Bardugo.

Related posts

ADVENTURE SERIES RUNNING WILD WITH BEAR GRYLLS RETURNS FOR A SIXTH SEASON ON NATIONAL GEOGRAPHIC

Zulaikha

HBO’s sketch comedy series A Black Lady Sketch Show returns 24 April exclusively on HBO GO

Isqandar

Josh Ruben Hidupkan Permainan Video Seram Ubisoft Dalam Trailer “Werewolves Within”

Kakimuvee

Trailer “The Conjuring: The Devil Made Me Do It” Telah Dilancarkan, Akan Berstatus ‘R-rated’

Kakimuvee

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee