Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Trailer “Shazam! Fury of the Gods” Memaparkan Easter Egg “The Suicide Squad”


Treler pertama untuk Shazam! Fury of the Gods didedahkan semasa konvensyen San Diego Comic-Com.Ā Trailer tersebut memaparkan keluarga Shazam yang bertarung dengan ancaman purba, menghadapi cabaran yang wujud dan menangani seekor naga. Ia juga termasuk rujukan langsung kepada Justice League, dengan Billy Batson membandingkan dirinya dengan Batman, Aquaman dan The Flash.Ā 

Selain itu juga, ia turut menampilkan rujukan yang sukar dilihat kepada filem DCEU yang lebih berorientasikan dewasa: The Suicide Squad arahan James Gunn.

Rujukan tersebut boleh diliihat pada minit 0:54, di mana Billy Batson (dalam bentuk Shazam) melawat pusat penjagaan kesihatan untuk mendapatkan nasihat tentang kehidupan wira-wiranya. Doktor mengingatkan dia bahawa dia seorang pakar pediatrik, selepas itu dia menunjuk kepada persediaan mesra kanak-kanaknya ā€” kawasan yang dipenuhi dengan mainan kanak-kanak dan watak kartun.

Rakaman itu mempunyai banyak ‘Easter egg’, termasuk Batman dan Wonder Woman dan juga kehadiran Annabelle, anak patung yang dirasuk dari francais Conjuring dan filem Annabelle: CreationĀ – yang merupakan filem arahan pengarahĀ Shazam!,Ā Darvid F. Sandberg.Ā 

Jika dilihat dengan lebih teliti, dinding yang memaparkan abjad, dengan setiap huruf diwakili oleh haiwan. “S” diwakili oleh Starro, yang merupakan salah seorang antagonis utama dalam The Suicide Squad (viaĀ Comicbook.com).


Pengarah Suicide Squad dan Peacemaker, James Gunn mengesahkan ‘Easter egg’ tersebut di Twitter, berkongsi siaran daripada peminat yang menunjukkan tangkap layar kepadanya. Pengarah itu memberi kapsyen pada siarannya: “Ini adalah siri yang hebat untuk memasukkan Easter Egg.”

Shazam! Fury of the GodsĀ akan menampilkan kepulangan semula Asher Angel dan Zachary Levi sebagai watak utama Billy Batson / Shazam!. Menyertai mereka adalah barisan pelakon filem pertama termasuklah Jack Dylan Grazer dan Adam Brody sebagai Freddy; Faithe Herman dan Meagan Good sebagai Darla; Ian Chen dan Ross Bulter sebagai Eugene; Grace Fulton sebagai Mary; Jovan Arman dan D.J. Cotrona sebagai Pedro; Marta Milans, dan Cooper Andrews.

Setelah mengalahkan Sivana dan Seven Deadly Sins dalam filem pertama tahun 2019, sekuel akan datang menyaksikan Keluarga Shazam menghadapi ancaman yang jauh lebih berbahaya, dengan perkenalan anak perempuan Atlas, Hespera, dan Kalypso, yang akan dilakonkan oleh pemenang Oscar Helen Mirren dan pelakonĀ Kill Bill,Ā Lucy Liu. BintangĀ West Side Story, Rachel Zeigler juga telah diberikan peranan penting, namun wataknya masih belum didedahkan kepada umum.

Shazam! Fury of the GodsĀ sekali lagi diarahkan oleh David F. Sandberg (Annabelle: Creation) berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Henry Gayden. Peter Safran berkhidmat sebagai penerbit. Filem sekuel ini dijadualkan tayangan pada 21 Disember 2022.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem ā€œSuperman Liveā€ Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee