
GSC telah mendedahkan poster dan trailer terbaru filem sains fiksyen Korea, Seo Bok lakonan Gong Yoo dan Park Bo Gum. Setakat ini, tiada tarikh tepat mengenai tayangan filem tersebut, namun GSC memaklumkan bahawa Seo Bok akan menemui penonton tempatan pada Disember ini!.
Filem terbaru ini berkisar tentang bekas ejen rahsia, Ki Hun, yang dipertanggungjawabkan untuk melindungi klon manusia pertama bernama Seo Bok daripada pihak-pihak berkuasa yang ingin merampasnya atas kepentingan sendiri.
Park Bo Gum memainkan peranan sebagai Seo Bok, iaitu klon manusia pertama yang diperkenalkan, manakala Gong Yoo sebagai bekas ejen agensi perisikan.
Ini kerjasama pertama diantara pelakon Gong Yoo dan Park Bo Gum. Penggambaran filem ini telahpun selesai pada November tahun lalu.
Saksikan trailer dan poster dibawah: –
Oppa #GongYoo × #ParkBoGum in #SEOBOK, coming to GSC this December. Watch the OFFICIAL TRAILER now! pic.twitter.com/ReSyeRDx9I
— GSC (@GSCinemas) October 24, 2020

