Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

Trailer “See” Paparkan Pandangan Pertama Jason Momoa Sebagai Baba Voss

Apple TV telah melancarkan trailer rasmi drama bersiri sains fiksyen berjudul See, yang memaparkan pandangan pertama bintang Aquaman, Jason Momoa sebagai Baba Voss. Anda boleh saksikan trailer drama tersebut dipemain video dibawah.

Berlatarbelakangkan zaman hadapan dimana umat manusia hilang keupayaan untuk melihat, See mengisahkan tentang seorang ketua puak iaitu Baba Voss, yang juga merupakan seorang ayah kepada sepasang kembar yang dilahirkan dengan kemampuan untuk melihat. Dia perlu melindungi anak serta puaknya dari ancaman seorang ratu yang ingin memusnahkan mereka.


Drama 8 episod ini turut dibintangi Alfre Woodard sebagai Paris, Yadira Guevara-Prip sebagai Bow Lion, Nesta Cooper sebagai Haniwa, Slyvia Hoeks sebagai Ratu Kane, Archie Madekwe sebagai Kofun, Christian Camargo sebagai Tamacti dan Hera Hilmar sebagai Maghra.

See ditulis oleh Steven Knight dan diarahkan oleh bekas pengarah I AM Legend, Francis Lawrence. Knight dan Lawrence turut bertindak selaku penerbit eksekutif bersama-sama Peter Chernin, Jenno Topping dan Kristen Campo.

Siri akan disiarkan mulai 1 November, eksklusif di Appe TV+

Related posts

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

[VIDEO] CAVE RESCUE: Misi Menyelamat Pelajar Yang Terperangkap Dalam Gua Tham Luang

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Kongsikan Trailer & Poster Terbaru Siri Star Wars “ANDOR’ Yang Akan Datang

Kakimuvee

Trailer & Poster Rasmi ABANG LONG FADIL 3 Telah Dilancarkan!

Kakimuvee

Klip Video She-Hulk: Attorney At Law Latihan Diantara Hulk & Jennifer

Kakimuvee

[TRAILER] Alami Ketakutan PENGABDI SETAN 2 – COMMUNION Apabila Ia Ditayangkan Di Pawagam 11 Ogos Ini

Kakimuvee

Leave a Comment