Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Trailer “Rurouni Kenshin: The Beginning” Goda Pengakhiran ‘Live-Action’

Trailer utama filem ‘live-action’ yang akan datang Rurouni Kenshin: The Beginning telahpun didedahkan kepada peminat.

Rurouni Kenshin: The Beginning adalah filem kelima dan terakhir dalam francais filem Jepun yang popular. Ini adalah kisah prekuel yang akan memberi fokus pada kisah lampau Himura Kenshin sebagai pembunuh Hitokiri Battōsai, serta hubungannya dengan Yukishiro Tomoe. Lebih penting lagi, ia akan menceritakan bagaimana dia mendapat parut ikoniknya.

Filem prequel ini dibintangi oleh Takeru Satoh dan Kasumi Arimura. Issey Takahashi, Nijirō Murakami, Masanobu Ando, ​​Towa Araki, Kazuki Kitamura, dan Yōsuke Eguchi akan melengkapkan barisan pelakon. Rurouni Kenshin: The Beginning diarahkan oleh Keishi Ōtomo; yang turut menulis lakon layar untuk filem ini. Hiroyoshi Koiwai dan Satoshi Fukushima sebagai penerbit dan diedarkan oleh Warner Bros. Pictures.

Francais filem Rurouni Kenshin berdasarkan siri manga yang ditulis dan dilukis oleh Nobuhiro Watsuki. Sirinya bermula Weekly Shonen Jump dari April 1994 hingga September 1999. Pada tahun 2019, manganya telah terjual lebih 72 juta salinan dan menjadi salah satu siri manga terlaris yang pernah diterbitkan. 

Adaptasi anime telah dihasilkan oleh Studio Gallop dan Studio Deen antara Januari 1996 dan September 1998. Diarahkan oleh Kazuhiro Furuhashi (Mobile Suit Gundam Unicorn, Hunter × Hunter). Ianya turut menjadi adalah salah satu siri anime yang paling ramai penonton sepanjang zaman. 

Rurouni Kenshin: The Beginning akan ditayangkan di Jepun pada 4 Jun 2021.

Related posts

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

Kim Dong Wook Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Drama Terbaru Mengenai Penggembaraan Masa

Zulaikha

‘Dendam Telah Tiba’ Dalam TV Spot Terbaru “The Batman”

Kakimuvee

“BACKSTAGE” Gandingan Adik-Beradik Terkenal Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia Akan Temui Penonton Di Malaysia 20 Januari Ini

Kakimuvee

Drama Korea Baru “Rookie Cops” Akan Diperkenalkan Di Disney+ Hotstar Bulan Ini

Zulaikha

Disney+ Hotstar Debut Treler Baharu Untuk Siri Marvel Studios “Moon Knight”

Kakimuvee

Leave a Comment