Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Trailer Red Band The Equalizer 3: Denzel Washington Kembali Untuk Bab Terakhir


Sony Pictures telah melancarkan trailer red band The Equalizer 3, filem ketiga dan terakhir dari francais aksi-thriller yang diterajui Denzel Washington. Filem terbaru itu dijadualkan tiba di pawagam pada 1 September ini. 

Trailer tersebit menampilkan Robert McCall, lakonan Washington, yang akhirnya menemui kedamaian di sebuah perkampungan di selatan Itali, selepas meninggalkan kehidupannya yang ganas sebagai pembunuh upahan. Bagaimanapun, apabila nyawanya diancam, dia tidak mempunyai pilihan lain untuk kembali ke kehidupan lamannya bagi melindungi rumah baharunya. 

Anda boleh tonton trailer The Equalizer 3 dibawah:

The Equalizer 3 sekali lagi diarahkan oleh Antoine Fuqua dari lakonlayar yang ditulis oleh Richard Wenk. Filem akan datang turut menampilkan Dakota Fanning, David Denman dan Gaia Scodellaro. 

“Sejak meninggalkan kehidupannya sebagai pembunuh kerajaan, Robert McCall bergelut untuk mendamaikan semua pekara ngeri yang dilakukannya pada masa lalu, dan mendapatkan ketenangan yang aneh dengan melaksanakan keadilan bagi pihak yang tertindas,” menurut sinopsis filem aksi itu. 


“Apa yang mengejutkan ketika dia berada di rumah baharunya di Selatan Itali adalah bahawa rakan baharunya kini berada di bawah kawalan ketua penjenayah tempatan. Apabila peristiwa itu bertukar menjad sangat bahaya, McCall tahu apa yang dia perlu lakukan; menjadi pelindung rakannya dengan berhadapa dengan mafia.”

“Sejak menyerahkan nyawanya sebagai pembunuh kerajaan, Robert McCall telah bergelut untuk mendamaikan perkara ngeri yang dilakukannya pada masa lalu dan mendapati ketenangan yang aneh dalam melaksanakan keadilan bagi pihak yang tertindas,” baca sinopsis untuk filem aksi itu. “Mengejutkan dirinya berada di rumah di Itali Selatan, dia mendapati rakan baharunya berada di bawah kawalan ketua jenayah tempatan. Apabila peristiwa bertukar membawa maut, McCall tahu apa yang dia perlu lakukan: menjadi pelindung rakannya dengan mengambil alih mafia.”

 


Related posts

Lionsgate Dedah Trailer Terbaru The Ballad of Songbirds & Snake

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video Teaser Saw X Usik Kengerian Filem Terbaru Melalui Permainan Papan

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC

Kakimuvee

Zachary Levi Menggantikan Tempat Mel Gibson Dalam Chicken Run: Dawn of the Nugget, Tonton Trailer Pertama Disini

Kakimuvee