Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Trailer Rasmi Siri Asli Netflix “Squid Game” Dedah Kebenaran Disebalik Permainan Maut


Netflix telah melancarkan trailer dan poster rasmi siri asli yang paling dinantikan, Squid Game, yang menceritakan kisah menarik para peserta yang mempertaruhkan nyawa mereka ketika bermain permainan misteri untuk memenangi hadiah wang tunai 45.6 bilion won.

Pengarah Hwang Dong-hyuk memperkenalkan Squid Game sebagai “satu alegori raksasa yang mengekspresikan masyarakat kapitalis pada zaman kontemporari” dan menyinggung kisah-kisah yang pelbagai dari para peserta permainan dan bagaimana mereka telah terdorong kerana persaingan dalam masyarakat moden.

Permainan kanak-kanak yang tidak bersalah diberi sentuhan ekstrem dengan taruhan tinggi yang mematikan tetapi para peserta terus maju tanpa ragu-ragu dalam usaha memenangi hadiah – melambangkan bagaimana mereka didorong oleh keuntungan dalam masyarakat kapitalis.

Treler utama mengungkapkan skala besar permainan serta pandemonium yang dialami oleh para peserta. Gi-hun (Lee Jung-jae) memanggil nombor pada kad nama yang mempunyai bulatan, segitiga, dan kotak di atasnya. Dia kemudian mendapati dirinya di tempat yang tidak dikenali di mana 456 peserta berkumpul.

Sebelum permainan dimulakan, para peserta diberi pilihan untuk tidak ikut serta tetapi dengan wang yang ditawarkan, mereka memilih untuk tinggal. Permainan dimulakan dan arena permainan seperti kanak-kanak berubah menjadi kekacauan yang menakutkan. Satu-satunya jalan keluar adalah memenangi permainan. Dan satu-satunya cara untuk memenangi permainan ini adalah bertahan hidup dengan cara membahayakan nyawa orang lain.


Siapa yang akan memenangi permainan? jangan lupa saksikan Squid Game yang kan dilancarkan pada 17 September 2021, hanya di Netflix!


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee