
Treler rasmi pertama untuk Ultraman Musim 2 telah dilancarkan, dengan Netflix turut mendedahkan bahawa musim yang dinanti-nantikan itu akan ditayangkan pada 14 April 2022.
Treler baharu itu mengetengahkan enam pahlawan yang berkumpul untuk membantu menyelamatkan Bumi dan melihat beberapa pertempuran besar dan raksasa-raksasa yang akan mereka hadapi dalam anime akan datang. Anda boleh melihat treler Ultraman Musim 2 di bawah:
Sinopsis:
“Beberapa tahun telah berlalu sejak peristiwa Ultraman, dengan legenda ‘Giant of Light’ sekarang menjadi kenangan, kerana dipercayaai dia telah pulang ke tempat asalnya setelah melawan banyak alien raksasa yang menyerang Bumi, Anak Shin Hayata, Shinjiro nampaknya memiliki kemampuan luarbiasa, dan kemampuan ini, bersama dengan pendedahan ayahnya bahawa dia adalah Ultraman, telah memimpin Shinjiro untuk memerangi alien baru yang menyerang Bumi sebagai Ultraman baru.”
Musim pertama Ultraman, yang mengandungi 13 episod, kini boleh distrim di Netflix. Perkhidmatan streaming itu kini sedang membangunkan sebuah filem terbaru.