Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Rasmi IT’S OKAY TO NOT BE OKAY Telah Dilancarkan! Akan Menemui Penonton 20 Jun Ini Eksklusif Di Netflix


Trailer rasmi drama Korea Sealatan terbaru It’s Okay To Not Be Okay telah dilancarkan! Dibintangi lakonan Kim Soo-hyun dan Seo Yea-ji, It’s Okay To Not Be Okay akan menemui penonton pada 20 Jun ini, eksklusif di Netflix.

Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) bekerja sebagai pengasuh di wad psikiatri. Gang-tae dikurniakan segalanya termasuk badan yang hebat, kecerdasan, kemampuan untuk bersimpati dengan orang lain, kesabaran, kemampuan untuk bertindak balas dengan cepat, dan banyak lagi.

Dia menjaga abangnya, Sang-tae (Oh Jung-se), yang berusia lapan tahun lebih tua daripadanya dan menghidapi spektrum autisme.

Dia dengan baik menjaga saudaranya, Sang-tae (Oh Jung-se), yang berusia lapan tahun lebih tua daripadanya dan berada di spektrum autisme. Nasib membawa Gang-tae bertemu wanita istimewa. Wanita itu, Ko Mun-yeong (Seo Yea-ji), adalah pengarang buku kanak-kanak yang popular, tetapi dia sangat mementingkan diri sendiri, sombong, dan kasar.

It’s Okay To Not Be Okay menampilkan percintaan yang tidak biasa antara dua individu yang akhirnya saling menyembuhkan luka emosi dan psikologi yang dihadapi mereka.


Diarahkan Park Shin-woo dengan lakonlayar ditulis oleh Jo Yong, drama terbaru ini akan memulakan siaran pada 20 Jun 2020 (16 episod, setiap Sabtu & Ahad).


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee