Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Rasmi Filem Perang Epik, “1917” Telah Dilancarkan

Panas dari barisan panel New York Comic Con, Universal Pictures telah melancarkan trailer rasmi filem epik perak 1917 yang menampilkan pemenang anugerah Oscar Sam Mendes (Skyfall) sebagai pengarah. Anda boleh saksikan trailer terbaru ini dipemain video dibawah.

Dikemuncak Perang Dunia Pertama, dua askar muda British, Schofield (George MacKay) dan Blake (Charles Chapman) telah diberi tugasan untuk melaksanan satu misi mustahil. Dengan masa yang semakin suntuk, mereka dikehendaki menyeberangi kawasan musuh untuk memberi mesej yang akan menghentikan serangan maut terhadap ratusan askar.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Benedict Cumberbatch, Colin Firth, Richard Madden, Mark Strong serta beberapa pelakon. Skrip fillem ditulis oleh Krysty Wilson-Cairns, manakala Mendes turut bertindak selaku penerbit bersama-sama Pippa Haris, Jayne-Ann Tenggren, Callum McDougall dan Brian Oliver.

Filem 1917 ini dijangka akan menemui penonton pada 27 Februari tahun hadapan.

Related posts

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

Kakimuvee

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Leave a Comment