Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Rasmi Charlie’s Angels Telah Dilancarkan

Sony Pictures telah melancarkan trailer rasmi filem Charlie’s Angels arahan Elizabeth Banks. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Filem terbaru Charlie’s Angels ini dibintangi pelakon Kristen Stewart, Naomi Scott dan Ella Balinska yang akan membawakan watak utama sebagai Sabina Wilson, Elena Houghlin dan Jane Kano.

Ketiga-tiga mereka bekerja dengan Charles Townsend, pemilik agensi keselamatan dan penyiasatan yang telah berkembang ke peringkat antarabangsa. Sebagai trio gadis yang bijak, berani dan terlatih, mereka diletakkan dalam pasukan Angels, dibawah arahan Bosleys untuk melakukan tugasan diserata dunia.

Skrip filem ini ditulis sendiri oleh Elizabeth Banks berdasarkan cerita yang ditulis oleh Evan Spiliotopoulos dan David Auburn. Filem ini turut dibintangi Noah Centineo, Jonathan Tucker, Sam Claflin, Patrick Stewart, Djimon Hounsou, dan Elizabeth Bank

Filem ini akan bertindak sebagai ‘standalone’ sekuel untuk siri televisyen dan filem sebelumnya. Charlie’s Angels akan menemui penonton pada 15 November 2019

Related posts

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment