Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Trailer & Poster Rasmi ‘Harry Potter 20th Anniversary: Return to Hogwarts’ Telah Didedahkan

Ketika acara mempersonakan musim ini terus berterusan, trailer dan poster utama rasmi untuk Harry Potter 20th Anniversary: Return to Hogwarts. Rancangan istimewa retrospektif yang sangat dinanti-nantikan ini akan ditayangkan secara eksklusif di HBO GO Pada 1 Januari 2022. 

Diumumkan pada bulan lalu, rancangan istimewa retrospektif ini menjemput peminat dalam perjalanan orang-pertama yang ajaib melalui salah satu francais filem yang paling digemari ramai sepanjang zaman.

Ia menyatukan semula Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, dan barisan pelakon yang lain serta para pembikin filem yang dihormati yang terlibat dalam pembikinan kesemua lapan filem Harry Potter. Acara ini dibuat untuk meraikan ulang tahun filem pertama francais, iaitu Harry Potter and the Sorcerer’s Stone

Alumni Harry Potter yang turut menyertai penghormatan yang tidak dapat dilupakan termasuklah Helena Bonham Carter, Robbie Coltrane, Ralph Fiennes, Jason Isaacs, Gary Oldman, Tom Felton, James Phelps, Oliver Phelps, Mark Williams, Bonnie Wright, Alfred Enoch, dan Matthew Lewis.

Harry Potter 20th Anniversary: Return to Hogwarts diterbitkan oleh Warner Bros. Unscripted Television dengan kerjasama Warner Horizon. Rancangan istimewa ini diterbitkan secara eksekutif oleh Casey Patterson dari Casey Patterson Entertainment (A West Wing Special to Benefit When We All Vote) dan Pulse Films (Beastie Boys Story).

Ikuti kesemua 8 filem Harry Potter atau strim Harry Potter: Hogwarts Tournament of Houses kini di HBO GO. Langgan HBO GO dalam talian di https://www.hbogoasia.my/ atau di aplikasi mudah alih melalui App Store atau Play Store  dengan harga serendah RM23.30/bulan. Atau akses HBO GO melalui Astro. HBO GO juga tersedia pada Android TV, Apple TV, LG TV dan Samsung Smart TV – serta dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

Related posts

Kutipan Polis Evo 3 Meningkat Sehingga RM3.4 Juta

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee

Persahabatan Mereka Terjalin Di Gelanggang Tinju Dalam Trailer Kdrama Terbaru ‘Bloodhounds’

Kakimuvee

Sony Dedah Trailer Red Band Terbaru ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Don Lee Kembali Menampar Dalam Filem Terbaru ‘The Roundup: No Way Out’

Kakimuvee

Kongsi Kata Laluan Netflix, Tetapi Tinggal Di Kediaman Berbeza? Anda Akan Dikenakan Yuran RM13

Kakimuvee

Leave a Comment