Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer & Poster Pertama Death On The Nile Telah Dilancarkan

Trailer dan poster pertama filem misteri thriller Death On The Nile telahpun dilancarkan Twentieth Century Studios. Diarahkan dan dibintangi calon Academy Award, Kenneth Branagh, Death on the Nile akan menemui penonton tempatan tidak lama lagi.

Diadaptasikan dari novel Agatha Christie dengan judul yang sama. Ia mengisahkan tentang Detektif Hercule Poirot yang perlu menyiasat pembunuhan seorang pewaris muda ketika sedang bercuti di Nile.

Kenneth Branagh akan memainkan watak ikonik detektif Hercule Pairot. Dia disertai pelakon-pelakon terkenal seperti Tom Bateman, Annette Bening, Russell Brand, Ali Fazal, Dawn French, Gal Gadot, Armie Hammer, Rose Leslie, Emma Mackey, Sophie Okonedo, Jennifer Saunders dan Letitia Wright.

Death on the Nile ditulis oleh Michael Green dan diterbitkan Ridley Scott, Mark Gordon, Simon Kinberg, Kennet Branagh, Judy Hofflund dan Kevin J. Walsh.

 

Related posts

Trailer Pertama Musim Ke-4 “Stranger Things” Papar Kisah ‘Origin’ Eleven

Kakimuvee

Trailer Baru “Pretty Guardian Sailor Moon Eternal The Movie” Menjelang Tayangannya Di Netflix Jun Ini

Kakimuvee

Trailer Terakhir “A Quiet Place Part II” Buatkan Korang Tak Sabar Nak Tonton Sekuel Filem Ini

Kakimuvee

“Mad For Each Other” Goda Ledakan Gila Dalam Siri Rom-Com Terbaru Netflix

Zulaikha

Netflix Dedah Foto & Trailer Musim Akhir “Castlevania”

Kakimuvee

[TRAILER] Jay Zulkarnain Kembali Dalam Sekuel J2: J Retribusi, Eksklusif Di Disney+ Hotstar MY

Kakimuvee