Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer & Poster MONSTER HUNTER Membawa Permainan Video Ke Layar Perak

Sony Pictures telah melancarkan trailer pertama dan poster filem adaptasi permainan video Monster Hunter arahan Paul W.S. Anderson. Filem terbaru ini akan menemui penonton pada 30 September 2020. Anda boleh saksikan trailer dibawah. 

Monster Hunter diinspirasikan dari permainan video popular keluaran Capcom, dan plotnya akan berbeza dari versi permainan video. Dalam filem tersebut, Artemis dan pasukan tentera elitnya dibawa ke kawasan yang penuh dengan rasaksa merbahaya. Dia dan unitnya akan bekerjasama dengan pemburu misteri dimana mereka semua cuba untuk menewaskan kesemua raksasa dan keluar dari kawasan tersebut.


Milla Jovovich akan memainkan peranan sebagai Captain Natalie Artemis dan akan mengunakan Great Sword ‘The Giant Jawblade’ manakala Tony Jaa sebagai The Hunter yang mengunakan busur Great Hunter.

Filem ini diarahkan oleh Paul W.S. Anderson (Mortal KombatResident EvilEvent Horizon). Anderson turut bertindak selaku penerbit bersama-sama Robert Kulzer, Martin Moszkowicz, Jeremy Bolt, dan Dennis Berard.

Related posts

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

[VIDEO] CAVE RESCUE: Misi Menyelamat Pelajar Yang Terperangkap Dalam Gua Tham Luang

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Kongsikan Trailer & Poster Terbaru Siri Star Wars “ANDOR’ Yang Akan Datang

Kakimuvee

Trailer & Poster Rasmi ABANG LONG FADIL 3 Telah Dilancarkan!

Kakimuvee

Klip Video She-Hulk: Attorney At Law Latihan Diantara Hulk & Jennifer

Kakimuvee

[TRAILER] Alami Ketakutan PENGABDI SETAN 2 – COMMUNION Apabila Ia Ditayangkan Di Pawagam 11 Ogos Ini

Kakimuvee

Leave a Comment