
Sony Pictures telah melancarkan trailer pertama Venom: Let There Be Carnage, yang memperkenalkan Cletus Kasady aka Carnage lakonan Woody Harrelson.
Berikut adalah sinopsis ringkas Venom: Let There Be Carnage; “Tom Hardy kembali ke layar lebar sebagai pelindung maut Venom, salah satu watak Marvel yang paling hebat dan paling kompleks. Diarahkan oleh Andy Serkis, film ini juga dibintangi oleh Michelle Williams, Naomie Harris dan Woody Harrelson, yang memainkan peranan penjahat Cletus Kasady / Carnage.”
Tom Hardy kembali meneruskan peranannya sebagai Eddie Brock bersama Michelle Williams sebagai Anne Weying. Watak penjahat utama Cletus Kasady aka Carnage, telah diperkenalkan dalam filem pertama Venom menerusi babak kredit. Calon Oscar Naomie Harris turut menyertai barisan pelakon dengan memainkan watak Shriek, kekasih dan sekutu Carnage.
Filem pertama berjaya mengutip $855 juta dolar seluruh dunia meskipun mendapat ulasan bercampur-campur dari pengkritik dan penonton. Venom: Let There Be Carnage akan ditayangkan dipawagam seluruh dunia mulai 24 September ini.
We missed you… so much. Sink your teeth into the new #Venom: Let There Be Carnage trailer. Only in theaters September 24. @VenomMovie pic.twitter.com/W7hzzzGpgN
— Sony Pictures (@SonyPictures) May 10, 2021