Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Trailer Pertama “Thor: Love and Thunder” Goda Barisan Pelakon Bintang


Marvel Studios telah melancarkan trailer dan poster pertama Thor: Love and Thunder yang memberikan pandangan pertama filem terbaru MCU yang akan datang. Filem yang dibintangi barisan pelakon bintang ini dijadualkan tayangan pada 8 Julai 2022. 

Anda boleh tonton trailer dibawah:

“Filem ini menyaksikan Thor (Chris Hemsworth) dalam penggembaraan yang tidak pernah dia hadapi – pencarian untuk kedamaian dalaman. Tetapi persaraannya diganggu oleh pembunuh galaksi yang dikenali sebagai Gorr the God Butcher (Christian Bale), yang mahu melihat kepupusan para dewa,” menurut sinopsis rasmi. 

“Untuk memerangi ancaman itu, Thor meminta bantuan Raja Valkyrie (Tessa Thompson), Korg (Taika Waititi) dan bekas teman wanitanya, Jane Foster (Natalie Portman), yang – mengejutkan Thor – secara tidak dapat dijelaskan, boleh menggunakan tukul ajaibnya, Mjolnir, dan menjadi Thor yang perkasa. Bersama-sama, mereka memulakan pengembaraan kosmik yang mengerikan untuk mengungkap misteri pembalasan dendam oleh God Butcher dan menghentikannya sebelum terlambat.”

Filem ini juga akan menampilkan beberapa alumni Marvel Cinematic Universe seperti Jaime Alexander sebagai Sif, Jeff Goldblum sebagai Grandmaster, Waititi sebagai Korg, dan bintang Guardians of the Galaxy termasuk Chris Pratt sebagai Peter Quill, Karen Gillan sebagai Nebula, Sean Gunn sebagai Kraglin, dan Vin Diesel sebagai Groot.


Turut menyertai mereka adalah Matt Damon, Sam Neill, dan Luke Hemsworth yang sekali lagi akan kembali untuk peranan cameo, bersama-sama dengan Melissa McCarthy dan Russell Crowe.

Thor: Love and Thunder diarahkan Taika Waititi (Jojo Rabbit) dan turut menulis lakon layar bersama Jennifer Kaytin Robinson (Someone Great)


Related posts

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee