Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Pertama The Predator Telah Dilancarkan

Studio 20th Century Fox telah melancarkan trailer pertama filem The Predator sebentar tadi. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Filem The Predator merupakan sebuah filem terbaru dari franchise Predator. Diarahkan oleh salah seorang pelakon asal The Predator, Shane Black. Filem ini ditulis sendiri oleh Shane Black bersama-sama Fred Dekker. The Predator adalah sambungan dari dua filem awal franchise tersebut dan bukan reboot kepada keseluruhan siri. Filem ini diklasifikasikan sebagai ‘Restricted’ atau R-Rated atau 18 keatas berdasarkan klasifikasi filem negara ini.


Bertempat disebuah pekan kecil, seorang remaja secara tidak sengaja telah menyebabkan kedatangan Predator ke Bumi. Kali ini, pemburu dari angkasa itu lebih menakutkan dari sebelumnya. Ianya lebih kuat, pintar dan menakutkan. Nasib umat manusia bergantung kepada sekumpulan bekas tentera dan seorang guru sains untuk menghapuskan pemangsa ini.

The Predator bakal menampilkan beberapa pelakon ternama antaranya Boyd Holbrook (NarcosLogan), Olivia Munn (X-Men: Apocalypse), Trevante Rhodes (Moonlight), Keegan-Michael Key (KeanuKey & Peele), Thomas Jane (The Punisher), Jacob Tremblay (Room), Yvonne Strahovski (Dexter), Alfie Allen (Game of Thrones), Sterling K. Brown (The People vs. O.J. SimpsonThis is Us) dan Edward James Olmos (Battlestar GalacticaBlade Runner).

Filem ini bakal ditayangkan dipawagam pada 14 September 2018

Related posts

Trailer “Mat Kilau” Papar Perjuangan Anak Bangsa Melawan Penjajah

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Trailer “KKN di Desa Penari” Goda Kisah Urban Legend Di Indonesia

Kakimuvee

[TRAILER] Adam Sandler Terajui Filem Drama Sukan Netflix “Hustle”

Kakimuvee

Leave a Comment