Trailer Pertama Terminator: Dark Fate Telah Dilancarkan, Tontonnya Disini

0
113
views

Paramount Pictures telah melancarkan trailer pertama filem Terminator: Dark Fate yang memaparkan gambaran pertama filem yang dinantikan iti. Anda boleh tonton trailer tersebut di pemain video dibawah.

Tiada sinopsis untuk didedahkan kepada penonton buat masa ini. Terminator: Dark Fate merupakan sekuel kepada Terminator 2: Judgement Day (1991), sekaligus meminggirkan terus filem-filem Terminator selepas Judgement Day. 

Filem ini menyaksikan pelakon utama francais asal kembali membawakan watak masing-masing. Arnold Schwarzenegger kembali membawakan watak robot Terminator, manakala Linda Hamilton akan membawakan wataknya, Sarah Connor.

Tim Miller, pengarah filem Deadpool telah diberikan kepercayaan untuk menjadi sutradara filem ini. James Cameroon pula bertindak selaku penerbit. Turut membintangi filem ini adalah Mackenzie Davis, Natalia Reyes dan Gabriel Luna.

Terminator: Dark Fate akan menemui penonton pada 1 November ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here