Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Trailer Pertama “Snake Eyes” Previu Aksi Henry Golding

Semasa acara MTV Movie & TV Awards, Paramount Pictures telah melancarkan trailer pertama filem spin-off Snake Eyes, menampilkan bintang Crazy Rich Asians, Henry Golding yang memainkan watak utama sebagai ninja pembunuh. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.

Snake Eyes adalah komando ninja yang terkenal dengan kemampuan yang sangat hebat dan mahir menggunakan pedang serta seni mempertahankan diri. Snake Eyes hidup bersendirian di High Sierras ketika dia direkrut untuk bergabung dengan G.I. Joe. Nama sebenarnya dan latarbelakangnya telah lama menjadi misteri. Dia terlibat dalam letupan helikopter yang membuatkannya berparut dan bisu. Untuk menyembunyikan wajahnya, dia biasanya muncul dengan balaclava hitam dan bodysuit yang sepadan.

Pelakon kelahiran Sarawak, Henry Golding memainkan peranan utama sebagai Snake Eye. Dia turut disertai Adrew Koji sebagai Strom, aktres rancangan Money Heist,Ursula Corbero sebagai The Baroness, Iko Uwais sebagai Hard Master, guru kepada Snake Eyes, Samara Weaving sebagai Scarlett, Steven Allerick sebagai ayah kepada Snake Eye dan Takehiro Hira sebagai antagonis utama, manakala watak lakonan Haruka Abe masih lagi tidak diketahui.

Filem ini diarahkan oleh Robert Schwentke (R.I.P.D) berdasarkan skrip yang ditulis oleh Evan Spiliotopoulos. Lorenzo di Bonaventura dan Brian Goldner berfungsi sebagai penerbit manakala Jeff Waxman, Erik Howsam, David Ellison, Dana Goldberg, dan Don Granger sebagai penerbit eksekutif. 

Snake Eyes akan ditayangkan di pawagam 23 Julai ini.

Related posts

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

Leave a Comment