Sempena konvensyen Comic Con, San Diego, DC Entertainment telah melancarkan trailer pertama siri televisyen Titans. Siri tersebut akan ditayangkan di platform streaming DC Universe pada tahun ini. Anda boleh tonton trailer yang penuh ‘dark’ ini dipemain video dibawah.
Titans dibintangi pelakon Brenton Thwaites yang membawakan watak Dick Grayson/Robin, Teagan Croft sebagai Raven, Anna Diop sebagai Koriand’r/Starfire, Alan Ritchson dan Minka Kelly sebagai Hawk dan Dove, manakala Bruno Bichir sebagai Dr. Niles Caulder, dan Lindsey Gort sebagai Police Detective Amy Rohrbach.
Siri televisyen ini diterbitkan dari penerbit eksekutif Akiva Goldsman, Geoff Johns, Greg Berlanti dan Sarah Schechter. Ianya mengisahkan tentang Dick Grayson yang menjadi ketua kepada sekumpulan hero baru yang agak berani dan dianggotai oleh Starfire, Raven dan ramai lagi.