Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Siri TV

Trailer Pertama Musim Ke-4 “Stranger Things” Papar Kisah ‘Origin’ Eleven

Netflix telah melancarkan treler pertama musim keempat Stranger Things, yang telah meninggalkan banyak persoalan kepada peminat. 

Teaser ini membawa penonton kembali ke Hawkins National Laboratory, di mana kita pertama kali bertemu Eleven (Millie Bobby Brown) pada musim pertama. Penonton dapat melihat sekumpulan kanak-kanak bermain ketika Dr. Martin Brenner (Matthew Modine), aka “Papa,” menegur semua “eksperimennya.”

“Hari ini, saya merancang sesuatu yang sangat istimewa untuk anda semua,” katanya kepada mereka, sebelum mengalihkan perhatiannya kepada Eleven, yang tampaknya sedang mendengar secara telepati. “Eleven, kamu dengar?”

Adakah ini babak ‘flashback’, atau Brenner kembali dan memulakan semula makmalnya? 

Stranger Things musim keempat menampilkan beberapa pertambahan baru seperti legenda A Nightmare on Elm Street Robert Englund, Jamie Campbell Bower (Twilight), Eduardo Franco (American Vandal), Joseph Quinn (Howard’s End), Sherman Augustus (Into the Badlands), Mason Dye (Bosch), Nikola Djuricko (Legends) dan Tom Wlaschiha (Game of Thrones).

Related posts

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

‘Dendam Telah Tiba’ Dalam TV Spot Terbaru “The Batman”

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Debut Treler Baharu Untuk Siri Marvel Studios “Moon Knight”

Kakimuvee

Leave a Comment