Official Trailer

Trailer Pertama Morbius Telah Dilancarkan!!

Trailer Morbius turut memaparkan easter egg dan cameo yang mengejutkan peminat MCU!

Views

Sony Pictures telah melancarkan trailer pertama filem adaptasi komik Marvel, Morbius yang dibintangi Jared Leto sebagai ahli biokimia Michael Morbius. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Filem spin-off Spider-Man ini turut dibintangi Matt Smith sebagai Loxias Crown, Adria Arjona sebagai Martine Bancroft, Jared Harris sebagai mentor Morbius dan Tyrese Gibson sebagai Ejen FBI

Diperkenalkan buat pertama kali dalam komik The Amazing Spider-Man #101 pada tahun 1971, Dr. Michael Morbius, seorang pakar dalam bidang biokimia cuba untuk memulihkan penyakit darahnya yang aneh dengan mendedahkan darahnya pada kelawar vampire.

Namun begitu, pendedahannya pada kelawar telah menyebabkan dia bertukar menjadi individu yang dahagakan darah, dan mempunyai ciri-ciri serta abiliti seperti vampire. Sebagai karakter antihero, Morbius pernah menyertai beberapa kumpulan superhero seperti S.H.I.E.L.D., Legion of Monster, A.R.M.O.R dan Agents of Wakanda.

Ini merupakan salah satu projek filem spin off Spider-Man Sony, yang turut terdiri daripada Silk, Nightwatch, Black Cat dan Silver Sable. Morbius akan menemui penonton pada 31 Julai 2020.

BACA:  Kemalangan Loji Nuklear Fukushima Bakal Dipaparkan Dalam Filem FUKUSHIMA 50

Tinggalkan Balasan

shares