Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Trailer Pertama Han Solo Akan Dikeluarkan 5 Februari Ini

Setelah lama peminat-peminat filem spin off Star Wars, Han Solo: A Star Wars Story menantikan trailer pertama, kini laporan terbaru dari laman web comingsoon.net mengesahkan trailer pertama filem berkenaan akan dikeluarkan pada 5 Februari ini pada jam 6.45 pagi waktu US atau lebih kurang jam 7.45 petang waktu Malaysia.

Trailer filem berkenaan akan dikeluarkan semasa rancangan stesen penyiar ABC, Good Morning America!. 


Sebelum ini, terdapat khabar angin bahawa trailer pertama Han Solo: A Star Wars Story akan dikeluarkan semasa perlawanan Superbowl pada Ahad ini.

Filem spin off terbaru ini mengisahkan pengembaraan salah seorang watak ikonik Star Wars iaitu Han Solo diawal penglibatannya sebagai sebagai penyeludup bagaimana karakter tersebut menjumpai rakanya iaitu Chewbacca dan Lando Calrissian.

Diarahkan oleh Ron Howard, Han Solo: A Star Wars Story dibintangi oleh Alden Ehrenreich sebagai Han Solo, Donald Glover sebagai Lando Calrissian dan Joonas Suotamo sebagai Chewbacca serta beberapa pelakon lain seperti Woody Harrelson, Paul Bettany, Emilia Clarke dan Phoebe Waller-Bridge.

Han Solo: A Star Wars Story dijangka akan menemui penonton pada 25 May 2018

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee