
Trailer pertama filem Korea Selatan Cobweb telah dilancarkan, memberikan pandangan pertama kepada penonton filem arahan Kim Jee-won itu.
Cobweb telah terpilih untuk membuat tayangan perdana dunia di Festival Filem Cannes pada 25 Mei ini.
Filem tersebut mengisahkan tentang pengarah Kim (Song Kang-ho), yang taksub dengan pengakhiran filem ‘Cobweb’, yang dirakam pada tahun 1970-an, dan merasakan adalah lebih baik jika ia difilemkan semula. Cobweb adalah filem yang menggambarkan perkara sedih dan lucu yang berlaku semasa penggambaran filem tersebut.
Kim Jee-won merupakan pengarah terkenal Korea Selatan dan juga diperingkat antarabangsa. Beliau telah menghasilkan beberapa filem popular seperti filem seram A Tale of Two Sisters, aksi thriller I Saw the Devil dan yang terbaru, filem aksi sains fiksyen, Illang: The Wolf Brigade.
Barisan pelakon Cobweb terdiri daripada Song Kang-ho, Im Soo-jung, Oh Jung-se, Jeon Yeo-been, Krystal Jung dan ramai lagi.
https://twitter.com/DiscussingFilm/status/1656358113941889026?s=20